JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
PENGENALAN | ORGANISASI|PIAGAM PELANGGAN | PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU | MUAT TURUN BORANG
PENGENALAN
Proses melahirkan guru yang berkualiti seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru sebenarnya merupakan satu usaha yang mencabar dan berterusan. Jabatan Hal Ehwal Pelajar diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan komitmen pelajar dalam pembinaan sikap dan sahsiah positif ke arah menyediakan guru permulaan yang berkesan. Jabatan Hal Ehwal Pelajar ini juga seharusnya dapat membantu menangani agenda dan hal yang berkaitan dengan pengurusan pelajar.

OBJEKTIF
Objektif Jabatan Hal Ehwal Pelajar ialah:
1 Melaksanakan dan memantau program peningkatan dan pengembangan kendiri pelajar.
2 Mengumpul dan menyalur maklumat antara pihak pelajar, pensyarah dan pentadbir.
3 Memberi khidmat nasihat dan kaunseling secara berkesan.
4 Mengurus pelajar ke program penyuburan kepimpinan dan pengurusan pelajar.
5 Memastikan tahap disiplin pelajar berada pada tahap yang tinggi.
6 Mengurus kebajikan dan keselamatan pelajar.
7 Meningkatkan lagi tahap disiplin pelajar.
8 Memastikan data enrolmen pelajar tepat dan terkini.
9 Memastikan pelajar dapat menginap di asrama dengan selesa.
10 Melaksanakan Akta 174 dengan adil dan saksama.
11 Memastikan semua pelajar mengikuti peraturan institut.
12 Memastikan minggu pendaftran dan pengurusan pelajar baru dilaksanakan mengikut yang ditetapkan.
13 Memastikan majlis rasmi kelolaan Jabatan HEP dilaksanakan dengan berkesan.
14 Memastikan borang -borang untuk penempatan dan perlantikan diuruskan dan disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan.