JABATAN ILMU PENDIDIKAN
PENGENALAN | ORGANISASI
PENGENALAN
Jabatan Ilmu Pendidikan merupakan jabatan yang penting di institut ini. Tanggungjawab utama Jabatan Ilmu Pendidikan adalah melaksanakan kurikulum Ilmu Pendidikan yang terkandung dalam komponen Pengetahuan & Ketrampilan Ikhtisas bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Pengajian Profesional yang terkandung dalam kursus Teras bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Belajar, Kemahiran Berfikir, Ketrampilan Kecerdasan Emosi dan Pengantar Pendidikan bagi Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).
Disamping itu jabatan ini juga telah mengurus program `teaching school’ yang akan menyediakan kemudahan serta peluang kepada semua pensyarah di institut ini untuk melaksanakan pengajaran dan penyelidikan dalam bidang pedagogi, psikologi dan kurikulum sebagai satu kaedah meningkatkan pengetahuan dan kompetensi para pensyarah serta guru pelatih dalam bidang perguruan.

OBJEKTIF
Objektif Jabatan Ilmu Pendidikan ialah:
1 Melaksanakan pengajaran secara berkesan berdasarkan kehendak sukatan pelajaran bagi mencapai objektif kurikulum yang    ditetapkan;
2 Melaksanakan aktiviti sokongan dan pengukuhan kurikulum selaras dengan objektif kurikulum menggunakan kepakaran di    jabatan dan juga kepakaran luar;
3 Melaksanakan pentaksiran dan penilaian kerja kursus secara saksama, sah dan boleh dipercayai selaras dengan panduan    pelaksanaan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI);
4 Menyebarkan pengetahuan dan perkongsian ketrampilan ikhtisas kepada komuniti pendidikan setempat, daerah dan negeri    melalui pelbagai aktiviti ”outreach”, seminar, kursus dan penerbitan;
5 Melahirkan guru permulaan pengkhususan dalam bidang Pendidikan Pemulihan yang mampu memenuhi keperluan negara    dalam menangani masalah pembelajaran di kalangan pelajar;