PENGENALAN
Jabatan Kemahiran Hidup terdiri dari empat unit iaitu Unit Kemahiran Teknikal (KT) , Unit Agro Teknologi (AT) , Unit Perniagaan
dan Keusahawanan (PK) dan Unit Teknologi Rumah Tangga (TRT). Pada masa kini jabatan ini digerakkan oleh sepuluh orang pensyarah
yang mewakili setiap bidang tersebut. Jabatan ini dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Major
dan Minor Kemahiran Hidup Sekolah Rendah, Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Kursus Porgram
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
OBJEKTIF
Objektif Jabatan Kemahiran Hidup ialah:
1 Mengendalikan pengajaran pembelajaran dengan berkesan;
2 Mendidik dan melahirkan guru kemahiran hidup yang berketrampilan dan berdaya saing;
3 mendidik dan melahirkan guru kemahiran hidup yang komited, akauntabiliti dan berintegriti;
4 membina insan guru kemahiran hidup yang berwatak;
5 memastikan persekitaran pembelajaran dalam keadaan selamat dan kondusif;
6 memastikan perolehan bekalan yang berkualiti, memenuhi spesifikasi dan menepati masa;
|