JABATAN KAJIAN SOSIAL
PENGENALAN | ORGANISASI
PENGENALAN
Jabatan Kajian Sosial terdiri daripada tiga unit iaitu Unit Pengajian Sosial, Unit Pendidikan Seni Visual dan Unit Pengajian Muzik. Jabatan ini bertanggungjawab meningkatkan lagi semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan guru pelatih melalui subjek Pendidikan Negara Bangsa, pengajian sosial, bidang seni visual dan bidang muzik yang mengandungi elemen-elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk mencapai aspirasi negara.

OBJEKTIF
Objektif Jabatan Kajian Sosial ialah:
1 Merancang dan melaksanakan program kurikulum dalam bidang pengajian sosial, pengajian pendidikan seni visual dan    pengajian muzik;
2 Melaksanakan program peningkatan pencapaian guru pelatih;
3 Merancang dan menjadualkan program kerja kursus dan penilaian;
4 Merancang kursus peringkat sekolah,skaf akademik dan guru pelatih;
5 Menyebarkan maklumat pengajaran dan pembelajaran terkini;
6 Menyediakan mekanisme pemantauan dan penilaian ke atas guru pelatih;