| JABATAN MATEMATIK |
| PENGENALAN | ORGANISASI |
|
PENGENALAN Jabatan Matematik adalah sebuah jabatan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu yang dipertanggungjawabkan untuk melatih bakal guru dalam bidang matematik. Jabatan ini dianggotai oleh pensyarah-pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang Matematik dan mampu bergerak sebagai penjana dan penyebar inovasi dan pedagogi Matematik. Disamping itu, ahli-ahli jabatan ini sentiasa peka kepada perubahan terkini dalam dunia matematik dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan potensi kendiri serta menjadikan penyelidikan sebagai rujukan untuk menghasilkan guru matematik yang berketrampilan dan cemerlang. OBJEKTIF Objektif Jabatan Matematik ialah: 1 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkualiti dengan mengoptimumkan penggunaan kaedah pengajaran terkiniberasaskan kepada sukatan pelajaran yang ditetapkan; 2 Merancang dan melaksanakan kerja kursus bagi membantu pelajar membina pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Matematik dan seterusnya melaksanakan pentaksiran dan penilaian secara saksama, sah dan boleh dipercayai selaras dengan panduan pelaksanaan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI); 3 Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti integrasi kurikulum dan ko-kurikulum untuk memantapkan pengetahuan, kemahiran dan sahsiah pelajar bagi meningkatkan tahap keprofesionalisme guru; 4 Menyebarkan pengetahuan dan perkongsian ketrampilan ikhtisas kepada komuniti pendidikan setempat, daerah dan neger melalui pelbagai aktiviti ”outreach” dan Kursus Pendek Kelolaan Institut ( KPKI ); 5 Memupuk semangat kerjasama dan kerja sama-sama untuk mempastikan segala aktiviti yang dirancang berjalan sempurna; 6 Menghasilkan penyelidikan pendidikan matematik di kalangan pensyarah jabatan dan menyebarluas hasil dapatan; |