JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
PENGENALAN | ORGANISASI
PENGENALAN
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral atau ringkasnya JAPIM mempunyai tujuh orang pensyarah. Ia bertanggungjawab menguruskan perlaksanaan kurikulum Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Tamadun Islam dan Pendidikan Moral. Pada tahun 2009, JAPIM diberi amanah menguruskan kurikulum bagi mata pelajaran major seperti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi peserta kursus j-QAF dan guru-guru dari SABK.
Selain itu ia juga bertanggungjawab menguruskan perlaksanaan kurikulum bagi mata pelajaran minor dan elektif, seperti Pendidikan Islam, Pengajian al-Quran untuk pelajar-pelajar j-QAF dan mata pelajaran Pendidikan Moral untuk pelajar KPLI sepenuh masa.Bagi subjek penyuburan diri, JAPIM bertanggunhgjawab menguruskan kurikulum Pengajian Asas Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral untuk pelajar KPLI sepenuh masa. Manakala untuk pelajar KDPM JAPIM menguruskan kurikulum Pendidikan Islam Dinamika Guru. Mata pelajaran Tamadun Islam pula di tawarkan kepada semua pelajar yamg mengikuti kursus perguruan di IPG, kecuali mereka yang diberi perlepasan oleh pihak BPG.
JAPIM juga bertanggungjawab melaksanakan berbagai kursus untuk para guru di sekolah dan staf mengikut keperluan dan permintaan. Ia juga bertindak menyokong dan membantu perlaksanaan aktiviti-aktiviti agama serta sambutan hari-hari kebesaran Islam yang dijalankan oleh pelajar di peringkat dalaman atau luar institut.

OBJEKTIF
Objektif Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral ialah:
1 Melahirkan pelajar yang berketerampilan dan seimbang antara tuntutan dunia dan akhirat;
2 Melaksanakan kuliah Pendidikan Islam, Tamadun Islam dan Pendidikan Moral berasaskan modul pengajaran yang dibina mengikut    kehendak sukatan pelajaran bagi mencapai objektif kurikulum;
3 Menyampaikan maklumat dan menjadi rujukan warga institut dalam perkara berkaitan akademik dan penghayatan Islam;
4 Melaksanakan program dan aktiviti penghayatan Islam seperti yang diamanahkan oleh Institut dan Bahagian Pendidikan Guru;