| JABATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI PROFESIONALSME KEGURUAN |
| PENGENALAN | ORGANISASI |
|
PENGENALAN Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) IPG Kampus Sultan Mizan (KSM) ditubuhkan secara rasminya pada Jun 2003 dengan beberapa jawatan rasmi seperti Ketua Jabatan, Ketua Unit Penyelidikan dan Ketua Unit Pembangunan. Pada Jun 2004 Unit Penilaian dan Unit Pemantauan diwujudkan bagi memenuhi keperluan Jabatan R&D di maktab supaya diselaraskan dengan Unit R&D di Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan diwujudkan bagi memantapkan serta mempertingkatkan lagi aktiviti pembudayaan penyelidikan di kalangan pensyarah. Pada Februari 2009 sekali lagi jabatan ini diubah kepada Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (JPIPK) bagi disesuaikan dengan penubuhan IPG Induk. Pihak Jabatan mengendalikan kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Kursus Sains Fizikal, Sains Kesihatan, Pendidikan Luar dan Kegiatan Professional yang merangkumi aspek pedagogi dan kejurulatihan serta inovasi dalam pedagogi melalui kajian jabatan yang berterusan. Sebelum dinaikkan sebagai jabatan, aktiviti penyelidikan diselaraskan oleh Ketua Unit Penyelidikan dan dibantu oleh jawatankuasa penyelidikan IPG. Keahliannya dianggotai oleh seorang pensyarah yang mewakili setiap jabatan. Penubuhan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme di IPG kemudiannya ada kaitan yang khusus dalam membantu pelaksanaan MS ISO R&D di IPG seluruh negeri sehingga kemudian jabatan ini menjadi satu daripada tonggak IPG untuk merealisasikan visi dan misi institute masing-masing. Fokus utama program jabatan ialah untuk menggerakkan budaya penyelidikan dalam kalangan staf akademik dan pelajar di samping untuk menjana aktiviti sokongan yang lain seperti budaya membaca, berbengkel, mengadakan seminar, wacana, menghasilkan jurnal penyelidikan, buku prosiding atau lain-lain bentuk perkongsian ilmu untuk menyebarkan hasil kajian jabatan yang telah dijalankan oleh pensyarah dan seterusnya membangun dan menghasilkan inovasi berdasarkan dapatan kajian seminar samada di peringkat institut perguruan, seminar penyelidikan di peringkat Institut Perguruan Zon Timor, seminar penyelidikan pendidikan guru peringkat kebangsaan. OBJEKTIF Objektif Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan ialah: 1 Menggalakkan aktiviti penyelidikan dalam kalangan pensyarah, peserta kursus dan guru pelatih 2 Merancang dan menjalankan penyelidikan di IPG secara bersama dengan jabatan-jabatan dan BPG; 3 Menyelaras semua usaha kajian yang dikendalikan oleh jabatan di IPG KSM; 4 Meningkatkan kemahiran dan kebolehan pensyarah, peserta kursus dan guru pelatih menjalankan penyelidikan; 5 Mendokumentasikan hasil-hasil kajian dan menyebarkan hasil kajian dalam bentuk jurnal penyelidikan dan prosiding penyelidikan; 6 Mengadakan seminar, wacana dan diskusi ilmu yang berkaitan dengan penyelidikan; 7 Melaksanakan kurikulum penyelidikan dalam program perguruan; 8 Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam penyelidikan kepada pensyarah, guru pelatih dan guru sekolah; 9 Membangunkan kajian-kajian yang bersesuaian dengan visi dan misi IPG dalam bentuk pelan tindakan dan pendokumentasian; |