JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
PENGENALAN | ORGANISASI
PENGENALAN
Jabatan Pendidikan Jasmani merupakan sebuah Jabatan yang bertanggungjawab dalam menggerakan Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta membudayakan gaya hidup aktif untuk seluruh warga IPG KSM termasuk mengendalikan kursus dan program-program kecergasan dan kesihatan dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan pihak yang berkepentingan.
Pihak Jabatan mengendalikan kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Kursus Sains Fizikal, Sains Kesihatan, Pendidikan Luar dan Kegiatan Professional yang merangkumi aspek pedagogi dan kejurulatihan serta inovasi dalam pedagogi melalui kajian jabatan yang berterusan.
Jabatan Pendidikan Jasmani juga terlibat dengan unit Kesihatan yang khusus mengendalikan program minor untuk jurusan Pendidikan Jasmani. Jabatan ini juga terlibat secara langsung dalam pengendalian dan pengurusan aktiviti sukan di peringkat Institut termasuk penyertaan dalam KAGUM samada peringkat zon atau kebangsaan. Pensyarah Jabatan mempunyai kepakaran yang khusus samada dalam bidang pengajaran Pendidikan Jasmani, Sains Sukan, Pendidikan Sukan, Pendidikan Luar, Penyelidikan, Rekreasi, Kepegawaian dan Kejurulatihan.Jabatan ini juga terlibat dalam program konsultansi termasuk bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu serta badan sukan dalam pengendalian kursus kecergasan dan sains sukan.
Peningkatan taraf institut menjadi IPG membolehkan jabatan mendidik bakal graduan. Cabaran baru ini memerlukan satu penanda araf yang baru untuk jabatan bagi mempastikan komponen pengajaran dan pembelajaran mencapai taraf dan kelulusan MQA serta komponen profesionaliti pensyarah yang perlu bergerak terus ke hadapan untuk menyaingi pensyarah di IPT lain.

OBJEKTIF
Objektif Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan ialah:
1 Melahirkan guru-guru permulaan opsyen Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkesan dan berketrampilan dari aspek
   jasmani,emosi, rohani, intelektual dan sosial;
2 Sebagai sumber rujukan pedagogi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berwibawa;
3 Sebagai pusat rujukan Pendidikan Luar, Olahraga, Sains Sukan dan inovasi pedagogi Pendidikan Jasmani;
4 Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan menyediakan pelbagai kemudahan, peralatan sukan, olahraga dan
   Pendidikan Luar;