| JABATAN PENGAJIAN MELAYU |
| PENGENALAN | ORGANISASI |
|
PENGENALAN Jabatan Pengajian Melayu merupakan sebuah jabatan yang terdapat di Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, Besut yang berperanan membantu perkembangan ikhtisas guru-guru pelatih seiring dengan visi dan misi institut. Jabatan ini telah dipertanggungjawabkan untuk memberi sumbangan yang lebih bermakna ke arah melahirkan bakal-bakal guru yang dapat mempraktikkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah rendah. Dengan tenaga pengajarnya seramai 10 orang, Jabatan Pengajian Melayu mampu bergerak seiring dan setanding dengan jabatan-jabatan lain dalam usaha membina dan mengukuhkan kecemerlangan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, terutama daripada segi merealisasikan tugas utama iaitu melahirkan guru-guru terlatih Bahasa Melayu yang berwibawa dan cemerlang. OBJEKTIF Objektif Jabatan Pengajian Melayu ialah: 1 Memberi latihan dan bimbingan keguruan yang berkualiti kepada guru pelatih bagi persediaan sebagai guru Bahasa Melayu masa kini dan masa hadapan; 2 Memberi latihan yang berkualiti kepada guru-guru dalam perkhidmatan bagi menangani perubahan berkaitan pendidikan serta mengembangkan potensi guru-guru di sekitar institut; 3 Melaksanakan pelbagai aktiviti kebahasaan di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah bagi meningkatkan penguasaan ilmu, kemahiran dan keyakinan berbahasa dalam pelbagai situasi; 4 Membina hubungan pintar dengan agensi luar untuk membangunkan masyarakat setempat mengikut keperluan semasa; 5 Menyebarkan maklumat pengajaran dan pembelajaran terkini; 6 Menghasilkan laporan penyelidikan yang dapat memberi pengetahuan tentang perkembangan terkini bahasa Melayu kepada pensyarah dan guru pelatih; |