| JABATAN PRA SEKOLAH |
| PENGENALAN | ORGANISASI |
|
PENGENALAN Perkembangan pendidikan terkini yang begitu pesat, mencabar dan terbuka memerlukan perhatian yang serius di kalangan warga pendidik mahu pun masyarakat amnya. Dalam melaksanakan reformasi pendidikan, menuntut warga pendidik sama ada di peringkat Institut Pendidikan Guru, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah serta di peringkat sekolah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa. Justeru, Jabatan Pendidikan Prasekolah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut , Terengganu memulakan langkah dengan menyahut cabaran ini untuk memperkasakan pendidikan di peringkat pendidikan awal kanak-kanak agar dapat menyalurkan bakal guru yang berkualiti dan memenuhi kehendak semasa. OBJEKTIF Objektif Jabatan Pra Sekolah ialah: 1 Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan untuk memenuhi objektif Kurikulum Kebangsaan Prasekolah; 2 Melatih guru prasekolah yang kreatif, berinovatif, berdaya maju dan berketrampilan; 3 Membimbing guru pelatih agar memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni secara seimbang; 4 Menyebarkan maklumat pengajaran dan pembelajaran berdasarkan trenda semasa untuk keperluan kanak-kanak prasekolah; 5 Melaksanakan program jabatan prasekolah secara lancar dan berkesan; 6 Mengadakan permuafakatan pintar dengan pihak luar untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisme keguruan; 7 Memastikan premis Prasekolah Tunas Madani mencapai standard yang berkualiti; |