JABATAN SAINS
PENGENALAN | ORGANISASI
PENGENALAN
Jabatan Sains merupakan jabatan yang mempunyai kelengkapan dari segi kemahiran profesional pensyarah dan peralatan yang serba lengkap dengan kemudahan makmal sains. Sentiasa bergiat aktif sebagai penjana dan penyebaran inovasi pedagogi serta menjadikan penyelidikan sebagai usaha untuk meningkatkan pedagogi Sains bagi menghasilkan guru Sains yang berwatak lagi cemerlang, selaras dengan budaya IPG yang dilancarkan.

OBJEKTIF
Objektif Jabatan Sains ialah:
1 Melaksanakan P&P secara berkesan berasaskan aktiviti ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ mengikut sukatan pelajaran berasaskan    objektif yang ditetapkan;
2 Merancang dan melaksanakan kerja kursus dan taksiran berpandukan kepada bentuk penilaian yang diarahkan untuk membantu    guru pelatih membina pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang Sains;
3 Menilai secara berjadual, berstruktur dan menyeluruh hasil kerja guru pelatih untuk mempastikan agar objektif kurikulum dapat    dicapai;
4 Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti integrasi kurikulum dan ko-kurikulum untuk mempertingkatkan pengetahun,    kemahiran intelek dan jasmani bagi melahirkan guru profesional;
5 Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti kerja diri sendiri dan rakan sejawat melalui penilaian kendiri dan rakan    sejawat;
6 Memupuk semangat kerjasama dan kerja sama-sama untuk memastikan segala aktiviti yang dirancang berjalan sempurna;    intelek dan jasmani bagi melahirkan guru profesional;
7 Mengadakan permuafakatan pintar dengan pihak luar bagi mempertingkatkan profesionalisme keguruan;