JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
PENGENALAN | ORGANISASI
PENGENALAN
Jabatan Teknologi Pendidikan merupakan satu-satunya jabatan di institut ini yang mempunyai dua fungsi utama; melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan memberi perkhidmatan sokongan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.

OBJEKTIF
Objektif Jabatan Teknologi Pendidikan ialah:
1 Menyampaikan kuliah serta bengkel teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar-pelajar KDPM, KPLI, PPISMP,
   PISMP, KDP dan KDC berasaskan Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran dan Proforma Kursus yang disediakan oleh    Bahagian Pendidikan Guru;
2 Mengepksploitasi dan mempelopori atribut media dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan perkembangan semasa
   dalam bidang pedagogi dan andragogi;
3 Memberi perkhidmatan dalam bidang :
      Keselamatan anti virus
      fotografi
      audio dan video
      pinjaman peralatan elektronik
      baik-pulih perisian bagi pengajaran dan pembelajaran
4 Menyokong dan melaksanakan semua agenda Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengkhusus kepada penggunaan dan
   pengurusan media dalam pendidikan;