ISTIADAT KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN GURU
 
Tahniah dan Selamat Datang.
Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru  akan diadakan pada 15 -17 Mac 2011 bersamaan 11 -13 Rabiulawal 1432 Hijrah. Bertempat di Dewan Perdana, Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC): Presint 5, Putrajaya.
 
ATURCARA ISTIADAT PENGURNIAAN IJAZAH PROGRAM PISMP AMBILAN JANUARI 2007
       
Bil Perkara Tempat Tarikh / Masa
1

Pengambilan Jubah Akademik

Kaunter Pendaftaran PICC, Putrajaya 15 Mac 2011 (8.30pg - 10.30pg)
       
2

Taklimat Raptai konvokesyen

Dewan Perdana PICC 15 Mac 2011 (11.00pg)
       
3

Istiadat Pergurniaan Ijazah

Sesi 1 : Penerima Anugerah Kecemerlangan. 16 Mac 2011 (8.30pg)
    Sesi 2 : Pengurniaan Ijazah PISMP 16 Mac 2011 (2.30ptg)
    Sesi 3 : Pengurniaan Ijazah PISMP 17 Mac 2011 (8.30pg)
       
 
JUBAH AKADEMIK
 

Anda diminta berpakaian kemas iaitu lounge suit atau pakaian kebangsaan dan berkasut kulit hitam bagi lelaki. Baju kurung atau kebaya atau pakaian lain yang sopan, tidak terlalu ketat dan haruslah labuh ke bawah paras lutut dan berkasut sarung (bukan tumit tinggi dan bukan selipar) bagi perempuan. Warna asas bagi keseluruhan jubah graduan adalah sama, iaitu warna Royal Blue atau biru tua Anda juga diminta mengenakan pakaian akademik iaitu jubah dan topi (mortar board).

Graduan yang tidak memakai pakaian akademik yang lengkap tidak dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen. Semua graduan tidak dibenarkan keluar dewan sehingga Istiadat Konvokesyen selesai. Anda dikehendaki berpakaian formal (pakaian kerja) semasa hadir hari pendaftaran dan raptai.  Pihak urusetia tidak akan membenarkan bakal graduan mendaftar sekiranya tidak mematuhi etika berpakaian seorang GURU.

Anda dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik (Lampiran 1) dan membawanya bersama semasa mengambilan  Pakaian Akademik. Hanya bakal graduan sahaja yang dibenarkan mengambil pakaian akademik, kecuali dalam kes-kes kecemasan dan kesihatan dibenarkan wakil graduan mengambilnya dengan membawa borang kebenaran untuk wakil mengambil Pakaian Akademik (Lampiran 2).

 
BAYARAN
 

Semua bakal graduan diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak dua ratus ringgit (RM200.00). Pembayaran boleh dibuat terus di atas nama  PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS masing-masing melalui cek/wang pos pada/ tidak lewat dari 5 Mac 2011.
Graduan yang tidak dapat hadir ke Istiadat Konvokesyen juga diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak satu ratus ringgit (RM100.00). Ijazah/Diploma dan Transkrip Akademik tidak akan diserahkan kepada mana-mana graduan yang tidak membuat bayaran tersebut.
Sila bawa bersama salinan slip bayaran/dokumen pengesahan bayaran dari IPG masing-masing sewaktu hendak mengambil pakaian akademik.

   

PANDUAN DAN TATACARA MENERIMA IJAZAH/ DIPLOMA

 

Semua graduan dikehendaki berkumpul dan melaporkan diri lengkap dengan Pakaian Akademik di Lobi aras 1 PICC pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk perarakan masuk graduan ke dalam Dewan Perdana.

 

Semua bakal graduan dikehendaki duduk di kerusi yang bertanda (tagging) di Dewan Perdana  mengikut nombor giliran masing-masing seperti yang tercatat dalam Buku konvokesyen.

 

Semasa Istiadat pengurniaan/penyampaian, nama graduan akan diumumkan untuk menerima Ijazah Sarjana Muda/Diploma. Bakal graduan akan bergerak ke hadapan dewan mengikut barisan. Sila patuhi semua arahan pegawai bertugas semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung.

  Apabila nama graduan diumumkan :
  • Graduan diminta berjalan terus ke arah  Canselor / Pro Canselor.
  • Tunduk sebagai tanda hormat (penanda ada disediakan di atas pentas).
  • Terima Ijazah Sarjana Muda dengan kedua belah tangan.
  • Beri ucapan"Menjunjung Kasih Tuanku" kepada Tuanku Canselor dan "Terima kasih" kepada Pro Canselor.
  • Undur selangkah dan tundukkan kepala sebelum berjalan turun dari pentas dan kembali ke tempat duduk asal mengikut laluan yang ditetapkan
  • Bagi penerima Anugerah Kecemerlangan, selepas menerima Ijazah dikehendaki duduk di tempat duduk yang disediakan dan akan dimaklumkan kelak.
  Panduan dan tatacara menerima ijazah akan dijelaskan dengan lebih lanjut semasa raptai.
 

JEMPUTAN KEPADA KELUARGA

 

Semua bakal graduan hanya diberi satu (1) Pas Masuk untuk 2 orang ahli keluarga sahaja. Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Pas masuk dan pelekat kenderaan akan diserahkan semasa anda mengambil Jubah akademik.
Ibu bapa atau ahli keluarga digalakkan memakai batik bagi lelaki dan pakaian formal bagi perempuan.  Pemakaian jean tidak dibenarkan sama sekali.Ibu bapa atau ahli keluarga yang tidak dapat memasuki Dewan Perdana semasa Istiadat Konvokesyen berlangsung dijemput ke dewan yang akan ditentukan bagi menonton siaran langsung upacara Istiadat Konvokesyen melalui paparan di skrin

   

GAMBAR KONVOKESYEN

 

Gambar-gambar graduan semasa menerima ijazah akan diuruskan oleh Syarikat Fotografi yang dilantik oleh IPGM. Syarikat ini akan berurusan terus dengan graduan selepas majlis konvokesyen. Graduan dan ahli keluarga tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan semasa istiadat berlangsung.

 
PEMULANGAN JUBAH AKADEMIK / PENGAMBILAN TRANSKRIP DAN IJAZAH / DIPLOMA
 

Anda hendaklah memulangkan jubah akademik selewat-lewatnya pada pukul 5.00 petang  pada hari yang sama selepas Istiadat Konvokesyen bagi graduan sesi pagi,  dan selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengahari hari berikutnya bagi graduan sesi petang di kaunter pendaftaran pengambilan jubah akademik.

Bagi Transkrip Akademik, graduan boleh menuntut pada bila-bila masa iaitu setelah dua (2) minggu graduan disahkan tamat pengajian oleh Senat dengan membuat permohonan secara bertulis ke IPG Kampus masing-masing.
Transkrip Akademik dan Ijazah juga boleh diambil selepas selesai semua urusan pemulangan pakaian akademik. Para graduan yang tidak dapat hadir untuk mengambil ijazah dan transkrip bolehlah mewakilkan orang lain untuk mengambilnya atau ijazah dan transkrip tersebut dipos oleh IPG Kampus dengan menggunakan borang Kebenaran mengambil ijazah/diploma dan transkrip (Lampiran 3) dan dilampirkan salinan slip bayaran yuran konvokesyen.
Graduan yang tidak memulangkan jubah akademik dengan lengkap tidak dibenarkan mengambil transkrip dan ijazah/diploma. Graduan yang masih berhutang dengan IPG Kampus juga tidak dibenar mengambil transkrip akademik dan ijazah/diploma masing-masing.
Transkrip akademik dan ijazah/diploma hanya dikeluarkan satu (1) kali sahaja. Pihak IPG tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan / kehilangan dan sebagainya ke atas ijazah/diploma dan transkrip akademik sekiranya tidak dituntut, dituntut melalui pos dan dituntut melalui wakil yang mengambilnya.

   
BAYARAN UNTUK TRANSKRIP & IJAZAH/ DIPLOMA YANG ROSAK ATAU HILANG
 

Bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang hilang atau rosak dengan kadar berikut :

Bayaran Salinan Transkrip - RM 10.00

Bayaran Salinan Ijazah/Diploma - RM 40.00

 
MUAT TURUN DOKUMEN
1 LAMPIRAN 1
2 LAMPIRAN 2
3 LAMPIRAN 3
4 BORANG JAWAPAN


Pelajar yang mempunyai kemusykilan mengenai ISTIDAT KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, sila berhubung dengan En. Jaafar bin Mamat (Setiausaha Konvokesyen), IPG Kampus Sultan Mizan di talian 09 695 7012. Anda diingatkan supaya mengisi Borang Jawapan bagi memaklumkan status kehadiran.