UNIT KOKURIKULUM
PENGENALAN | ORGANISASI
ORGANISASI
Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI), Kursus Dalam Cuti (KDC) dan Program Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) bertujuan melahirkan guru permulaan yang berpengetahuan, berkemahiran dan mengamalkan nilai profesionalisme keguruan. Guru yang berkesan bukan sahaja berkemampuan menguasai kemahiran pengajaran di bilik darjah tetapi juga berkeupayaan menjadi pengurus yang berkesan dalam mengendalikan aktiviti Sukan, Unit Beruniform dan Persatuan di sekolah.
Matlamat Pendidikan adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Aktiviti kokurikulum dapat membentuk dan memupuk kemahiran kepemimpinan, semangat kesukarelaan dan kesukanan. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum boleh membantu ke arah mewujudkan masyarakat yang demokratis, berakhlak mulia, berdisiplin, berdedikasi, berinovatif dan berkreatif. Aktiviti kokurikulum juga dapat mengukuhkan lagi integrasi kaum bagi membantu usaha mencapai matlamat perpaduan negara, patriotisme dan masyarakat penyayang.

OBJEKTIF
Tujuan aktiviti kokurikulum diwajibkan dalam program pendidikan guru adalah seperti berikut:
1 Membolehkan pelajar-pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran asas dalam semua aktiviti kokurikulum
   di sekolah (persatuan, sukan dan unit beruniform);
2 Menguasai aspek pengurusan dan kepimpinan untuk membolehkan pelajar merancang, mengurus dan melaksanakan semua
   aktiviti kokurikulum di sekolah;
3 Membentuk sahsiah bersepadu melalui penghayatan nilai-nilai murni, amalan demokratis, berdisiplin, taat, bersikap
   positif, toleransi dan patriotisme;
4 Mewujudkan sifat kepimpinan dan membina daya pemikiran yang tajam, inovatif, kreatif dan daya tahan dalam menghadapi
   tugas;
5 Melahir dan mengembangkan bakat, potensi dan kepimpinan guru pelatih dalam kegiatan sosial, kebudayaan dan khidmat
   masyarakat yang boleh membantu usaha ke arah mencapai matlamat integrasi, perpaduan negara dan masyarakat penyayang;