UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
PENGENALAN | ORGANISASI | REKOD LATIHAN STAF
ORGANISASI
Perkembangan pendidikan terkini yang begitu pesat, mencabar dan canggih memerlukan perhatian yang serius dalam kalangan pendidik guru. Justeru, tuntutan semasa mendesak pensyarah dan staf mereformasikan diri untuk melengkapkan diri dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap diri demi meningkatkan keupayaan dan prestasi perkhidmatan mereka. Perkhidmatan melatih guru kendalian Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPG KSM) meliputi latihan pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Sesi perkongsian ini berfokus kepada pemberian maklumat berkaitan dengan latihan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan oleh IPG KSM untuk guru terlatih di negeri Terengganu dan lain-lain negeri di Pantai Timur.

OBJEKTIF
Objektif penubuhan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan adalah :
1 Meningkatkan profesionalisme keguruan;
2 Memberi pendedahan dan perkembangan terkini dalam pendidikan;
3 Menyemai dan memupuk budaya ilmu;
4 Mewujudkan pemuafakatan di kalangan warga pendidik dan staf;