Perkembangan pendidikan terkini yang begitu pesat, mencabar dan canggih memerlukan perhatian yang serius
dalam kalangan pendidik guru Justeru, tuntutan semasa mendesak pensyarah dan staf mereformasikan diri untuk melengkapkan diri dari
segi pengetahuan, kemahiran,
nilai dan sikap diri demi meningkatkan keupayaan dan prestasi perkhidmatan mereka.
Perkhidmatan melatih guru kendalian Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPG KSM) meliputi
latihan pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Sesi perkongsian ini berfokus kepada pemberian maklumat berkaitan dengan latihan
dalam perkhidmatan yang dilaksanakan oleh IPG KSM untuk guru terlatih di negeri Terengganu dan lain-lain negeri di Pantai Timur.