ORGANISASI
Unit Peperiksaan dan Penilaian IPGKSM ditubuhkan untuk menyelaras segala urusan peperiksaan di institut yang terdiri daripada
empat unit iaitu Unit Pemeriksaan Skrip Jawapan (moderasi), Unit Pembinaan Soalan, Unit Kerja Kursus & Taksiran dan Unit Analisis
& Bank Item. Pada masa kini unit ini digerakkan oleh seorang Setiausaha Peperiksaan, empat orang pensyarah yang mewakili setiap
unit tersebut dan dua orang staf.
OBJEKTIF
Antara objektif Unit Penilaian Dan Peperiksaan ialah:
1 Mengurus dan mentadbir aktiviti peperiksaan penilaian setiap semester dengan cekap dan sempurna;
2 Menyelaras penggubalan soalan-soalan peperiksaan mengikut jadual dan masa yang ditetapkan;
3 Memastikan penilaian kerja kursus disempurnakan sebelum peperiksaan;
4 Mentadbir peperiksaan bertulis dengan licin dan kemas;
5 Menyiapkan dan mengeluarkan keputusan peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru;
6 Menguruskan dan mengeluarkan sijil / diploma perguruan kepada calon yang lulus peperiksaan dan penilaian.
|