UNIT PRAKTIUM
PENGENALAN | ORGANISASI | PRAKTIKUM | INTERNSHIP | PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
ORGANISASI
Unit Praktikum merupakan satu unit yang dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksana program praktikum di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Terengganu. Suatu ketika dahulu, Unit ini merupakan salah satu unit dalam Jabatan Ilmu Pendidikan. Berikutan perkembangan semasa yang dinamik, program praktikum sudah menjadi begitu rencam dan pertambahan kerja tidak dapat dielakkan. Justeru, unit ini telah dipisahkan daripada Jabatan Ilmu Pendidikan mulai 11 Mei 2004. Mulai tarikh itu, Unit Praktikum dikendalikan oleh Ketua Unit Praktikum yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah dan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Terengganu.

FUNGSI
Unit ini berfungsi untuk merancang, mengurus, melaksanakan dan menilai program Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) , Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), dan praktikum supaya dapat disempurnakan dengan berkesan dan mencapai objektif praktikum seperti yang digariskan dalam Buku Garis Panduan Praktikum Latihan Perguruan Praperkhidmatan, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia yang sedang berkuatkuasa.
Antara objektif Unit Praktikum ialah:
2.1 memastikan perancangan aktiviti praktikum yang teratur bagi ROS/PBS dan Praktikum KDPM, KPLI, PISMK, PISMP, KSPK dan KDP;
2.2 memastikan penempatan pelajar ROS/PBS dan praktikum dilaksanakan ke institusi yang berkenaan;
2.3 memastikan perlantikan guru pembimbing yang sesuai bagi membimbing guru praktikum;
2.4 memastikan pensyarah pembimbing yang dilantik seboleh-bolehnya mengikut opsyen;
2.5 memastikan aktiviti rentasan dibuat terhadap pelajar yang cemerlang;
2.6 membuat penganalisisan data maklumbalas praktikum untuk mengenalpasti tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan yang perlu dirancang dan dilaksanakan;
2.7 merancang dan menyelaras/pengurusan pembayaran elaun guru pembimbing;
2.8 memastikan program mentoring dirancang dan dijalankan untuk pensyarah dan guru pembimbing; dan
2.9 menyediakan laporan pelaksanaan bagi semua program praktikum untuk dihantar ke Bahagian Pendidikan Guru.

AMPRO