| UNIT PRAKTIUM | ||||||
| PENGENALAN | ORGANISASI | PRAKTIKUM | INTERNSHIP | PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) | ||||||
|
INTERNSHIP Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan. OBJEKTIF INTERNSHIP Melalui program Internship, pelajar akan dapat: a) Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah. b) Merancang, melaksana projek/aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah. c) Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas. d) Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan. e) Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan kejelekitan pasukan. f) Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah dalam pelbagai situasi. g) Menguruskan masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan sahsiah seorang guru. h) Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa. i) Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran, projek/ aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan. j) Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan. MUAT TURUN DOKUMEN INTERNSHIP
|