| UNIT PUSAT SUMBER |
| PENGENALAN | ORGANISASI |
|
PENGENALAN Perkembangan pendidikan pada alaf globalisasi pencapaian maklumat terlalu pantas. Program pendidikan praperkhidmatan dan perkhidmatan merupakan fokus utama Bahagian Pendidikan Guru dan dipertanggung jawabkan kepada Institut-institut perguruan untuk melaksanakannya. Pusat Sumber Zaaba perlu memainkan peranan. Bagi tujuan tersebut satu sistem perkhidmatan berpusat perlu ditingkatkan fungsi dan aktivitinya ke arah mewujudkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Bagi merealisasikan hasrat ini, Pusat Sumber Zaaba IPG Kampus Sultan Mizan perlu menggorak langkah mengubah dan mengikut piawaian atau panduan yang dikuatkuasakan penggunaanya pada 1 Julai 2004 oleh Bahagian Pendidikan Guru. Bagi mewujudkan pengurusan dan pentadbiran yang seragam, Pusat Sumber Zaaba Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu dan semua Pusat sumber Institut Pendidikan Guru Malaysia menggunakan piawaian yang seragam supaya visi, misi dan objektif dapat direalisasikan. Dengan mematuhi piawaian ini dijangkakan pusat sumber dapat memainkan peranannya sebagai pendidikan keguruan yang cemerlang bagi menyediakan perkhidmatan ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti. FUNGSI Unit Pusat Sumber, IPG Kampus Sultan Mizan, Terengganu ditubuhkan supaya dapat: 1 Membantu perlaksanaan kurikulum perguruan sejajar dengan keperluan semasa; 2 Membangunkan koleksi bahan-bahan yang memenuhi keperluan perfoma dan kurikulum; 3 Menyediakan pelbagai format maklumat dalam perbagai sumber kepadapensyarah dan peserta kursus bagi mencapai objektif pendidikan; 4 Membantu melicinkan proses dan meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran pelajar; 5 Menggalakkan tabiat belajar dan minat membaca di kalangan pengguna; 6 Menyediakan khidmat membaca dengan memberikan kemahiran maklumat mencari bahan dengan cepat dan tepat; 7 Menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti kemudahan internet rujukan, tayangan, pengajaran mikro dan pinjaman bahan dan peralatan; dan 8 Membantu dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bidang pendidikan. |